My Lil Princes

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, November 30, 2008

Eye On Malaysia Di Hati Zalia

Eye On bleh tahan ar tempat nyer dengan laser show....anak-anak aku nie mmg suke g jenjalan cari pasal nie......Satu hari suntuk kami berjalan melayan kerenah anak-anak.....dari Pusat Sains-PJ-Ikea-Taman Tasik Titiwangsa-Taman Bukit Jalil(Mah Kak Gee)....
Zalia beraksi depan eye on dengan riang nyer.....
Zharif dengan kepenatan pun sibuk dier berlari kat situ
Yeh!Yeh! babah nak bawak kakak g Eye On...Kakak nak tengok tempat keje mak ngah......tulah yang selalu dier cakap masa sampai sane



Happy Birthday Zharif Ashiq On The 4th

Happy Birthday To You Zharif Ashiq.....Jamuan kecil yang tanpa diduga diadakan jugak untuk buah hati pengarang jantung kami nie.....Advance Birthday nie wat tanpa dirancang.....Permintaan Zharif"Mummy nanti ajak kawan2 yip kay,yip nak makan kek dengan kawan2 yip".......Tetamu hanyalah among family n fren yang available....Babah N Mummy harap agar zharif jadi org yang berguna kelak.....
Zharif tak sabar nak beraksi dengan kek nya.......Happy Birthday Mickey....From Babah ,Mummy N Cheche
Aku dan Mak Mertua dalam kepenatan.Tapi mampu tersenyum.
Meimei dengan aksi selambanya.
Hana Karmila Dengan Riaksinya
Pingu dan rakan2nya
Zharif menyuapkan Busu icecream
Mama lynn N Eby....
Tetamu yang di undang
Antara tetamu yang hadir...
Zharif N Irdian tak sabar nak makan aiskrim kek.
Keuntungan yang Zharif Ashiq dapat di Majlis Hari Jadinya.

Friday, November 28, 2008

Pergi Nyer Seorag Ibu

Perginya Hjh Kamariah B Ali 75thn akibat penyakit buah pinggang.Hjh Kamariah isteri ku memanggil dengan nama"Tok Lang".Ramai menangisi pemergian nyer........Isteriku dapat melihat wajah nyer untuk kali terakhir di masjid Kg Tebing Tinggi dengan memberi ciuman terakhir.Semoga Allah memberi rahmat atasnya. Al-fatihah
Jenazah dibawa ker tanah perkuburan terdekat dengan menaiki kereta jenazah.Jenazah di bawa dari JB ker Tebing Tinggi,Segamat untuk disembahyangkan dan di kebumikan.
'Atok' sedih dengan pemergian adik nyer..guru ngaji yang sekarang agak uzur dengan penyakit semput.Wife aku mmg sayang betul dengan atok dier nie....satu2 nyer atuk belah mak dier yang ader......Semoga Atok Sihat Selalu.
Anak-anak ku kepenatan menunggu dihari yang panas...cian
Ketika di talkin kan.....semua org sedih dengan pemergian tok lang.


Zalia D'Eye On Malaysia


Lepas naik eye on sibuk nak bercerita aper yang dier nampak.Yang teman zalia cuma wife aku jer.Zharif tak nak naik sbb takut.

Cita -cita Zalia Ameera B Zahari tercapai akhir nya.Inilah yang di idamkan.'Nak Naik Eye On,nak tengok tempat keje Mak Ngah'.

Birthday Zalia Yang Ke 4

Hadiah yang Zalia perolehi pada hari tu.Yang selebih nyer kat rumah.Suke Zalia sbb aper yang di impikan dapat.
Zalia Ameera,Zharif Ashiq dan Imran Fahmi tengah sibuk membuat istana pasir yang dipanggil istana otomen tiga.Zharif yang mane swimming trunk kat tangan sbb pasir masuk badan.

Sebenar dalam rancangan nak wat besday zalia kat Mac'D jer .Tapi di sebabkan kami dah lame tak bersantai di pantai.


Tempat yang agak stategik untuk kami bersantai siap bukak khemah.Tu sume adik ipar aku yang punyer angkara.Konon nyer nak wat bbq at last cancel sbb malas.Nak amik gambar pun mase terhad sbb nak melayan karenah anak2



Happy Birthday Zalia Ameera Bt Zahari 4 years old.Celebrate besday kat PD rumah peranginan persekutuan.Tetamu among family and fren.Tercapai cita-cita dier nak wat besday kat beach.



Birthday Zalia Yang Ke 3 Tahun

Happy Birthday Zalia Ameera Bt Zahari.Seorg minah yang celoteh.Mase nie kami wat besday dier kat tanjung ipoh,kuala pilah.Tetamu among family member.Ader bbq yang di sediakan oleh maklong zalia,mee hoon goreng oleh mak ngah zalia dan beberapa juadah yang hanya disediakan untuk sarapan pagi.Zalia mmg suke klu besday dier wat kat outdoor nie leh berlari kesana sini

Heroku Yang Comel

Zharif Ashiq B Zahari nama putera ku dilahirkan pukul 6.16 pagi di wad ABC kat Hospital Besar Seremban.Pada 1 December 2004 berat 3.0kg.Jantina Zharif Ashiq kami tahu masa kandungan berusia 5bulan .Masa tu wife aku tak berapa excited sangat sebab letih melayan kerenah cheche "Zalia Ameera" yang hanya baru 11bulan.Zharif Ashiq adalah cucu kedua dalam keluarga mertuaku dan cucu yang ke empat dalam keluargaku dikuala pilah.Org kata zharif ashiq sebijik macam muka adik ipar aku mase kecik.Ya Allah Kaulah Maha Pencipta.
Zharif Ashiq baru 14hari mengenal dunia tapi reaksi nyer macam dah sebulan dilahirkan.Tak banyak kerenah cuma kuat minum susu.Anak lelakilah kate kan
Merangkak mmg lah si kecik nie cepat .Pantang kite bukak pintu cepat ajer dier keluar nak main .Kalau bagi soft toys mmg dier tak nak.Biaser ar anak lelaki.
Baru pandai duduk zharif agak lincah bergerak.Sampaikan lipas dan semut pun takut dengan dier.Klu jatuh tak pernah ar nak menagis naik risau aku ngan isteri .
Lepas jer cukur jambul zharif di kuala pilah aku membawa zharif ker wet world pedas untuk bersantai....Zharif mmg suke pada air.Klu dalam sehari tu klu boleh setiap jam dier nak mandi.....hairan sungguh
Zharif memang suke memasukkan sesuatu benda dalam mulut.Nak-nak lagi kalau benda tu yang sedap digigit.
Zharif Ashiq dan Zalia Ameera memang suke melawa nak-nak lagi klu camera kat tangan.





Kelahiran Puteri Sulong Ku

Zalia Ameera Bt Zahari.Dilahirkan pada 25 july 2003 di hospital seremban pada pukul 1.00pm hari jumaat berat 3.1kg.Seminggu sebelum tarikh due.Zalia tak sabar dah berjumpa dengan mummy dan babah .Kesakitan yang di tanggung oleh Isteri ku sewaktu menunggu saat kelahiran tak dapat aku gambarkan.Aku hanya dapat meredakan kesakitan nyer itu dengan memberi semangat disebelah nya.Aku sendiri lihat bagai mana zalia dikeluarkan dari pintu rahim isteri ku...Ya Allah Terima Kasih Kerana Memberiku Zuriat Yang Sihat Dan Sempurna.Alhamdulillah.
Zalia Ameera sewaktu pertama kali pulang ke rumah mak dan abah ku di kuala pilah.14hari melihat dunia.Cucu ke4 dalam keluarga aku......

Zalia Ameera ketika baru mengenal dunia.....cukup aktif.....


Zalia Ameera nie mmg suke bergambar...nasib baik ar kawan wife aku nie ader kedai gambar so senang ar si kecik nie bergambar.Kire klu kat kedai tu mcm kedai dier ar di buat nyer.



Ramai kawan-kawan aku kate zalia nie muka aku.....pemalu...tapi cuba suruh dier menangis kalau tak volume level5 tak sah.




Zalia selepas di cukur jambul di rumah mertuaku di seremban.Walaupun pada malam tu ramai tetamu datang tapi zalia tak meragam.Dia sibuk dengan shopping trolley n teddy bear.





Kelincahan Zalia menyerikan suasana kami di rumah...kadang2 bila balik dari keje zalia lah yang dapat menghilangkan kepenatan






Zalia Ameera pengarang hati ku....Lincah dan manja.......

Pelamin Angan Ku

21 July 2002 Persandingan aku di Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Segala persiapan dilakukan oleh mak dan kakak2 ku......

Persandingan yang aku idamkan telah menjadi ......kenyataan.





Tanggal 19 july 2002 Reny telah menjadi milikku dengan satu lafaz.Lenangan air mata dapat aku lihat dari mata mak.......Sebak di dadaku tiada siaper yang tahu.......................

Persandingan aku berlangsung pada keesokan hari nyer di teratak mertua ku di seremban.






Walaupun dalam keadaan hujan majlis yang di rancang berlangsung dengan baik.

































Pertunangan Aku Dan Kekasihku


Pertunangan yang dah lama aku tunggu.....Pulang nyer abah dan mak dari menunaikan Haji aku bercadang untuk bertunang dengan kekasih hati ku.Perkenalan yang hanya setahun dapat aku buktikan keikhlasan hatiku untuk menyunting gadis idaman ku ini dengan pertunangan .

Thursday, November 27, 2008

Ketenangan Ada Dimana-mana



Keindahan alam semesta nie jika kita renung dan kiter amati ianya terlalu unik...sayang sekiranya keindahan yang semulajadi itu kita abaikan dan musnahkan tanpa memikir kehidupan yang lain...Ya Allah kau MAHA pencipta......

Kau Tetap Dihatiku


Reny Rezaly.Anak sulong daripada 2 org adik beradik.Dilahirkan di negeri johor . Aku kenal dier mase aku g interview kat ader satu company ni.Biler kali pertama tengok dier nie agak ayu jugak ar....nak2 lagi mase tu aku tengah mencari.Susah jugak aku nak close ngan dier ni.Banyak na syarat nya.Aku tak kisah sbb aku lagi suke klu nak dapat sesuatu tukene tempuh banyak cabaran baru ader challenging.