Tuesday, January 27, 2009
Friday, January 23, 2009
Menyalai Ikan @ Kampung
Yang ini bukan untuk disalai....hero aku yang sorang nie tak ghoti duduk diam...habis satu kawasan rumah tu dia mengejar anak-anak ayam...naik letih uwan dia menegur dia buat dek jer..tulah zharif ashiq memang suke adventure nak-nak lagi dikawasan kampung....Anak siapalah ni...
Tuesday, January 6, 2009
Demam Melanda Keluargaku
Gambar ni ketika zharif selepas di sponging..Aku dilanda demam pada 2 Jan 2008 sakit tak terkata....pergi klinik doktor suspek demam ciku....sendi2 aku sakit....selang sehari selepas itu Zalia Ameera plak dijangkiti virus....kesian isteriku kene menjaga dua pesakit dalam satu masa...menjelang malam Zharif Ashiq plak di hidapi demam...Nasib baik isteriku tidak dijangkiti....dah puas ke klinik kami cuba ke hospital....selepas di sponging dan ambil sample darah demam anak ku mula surut bila ubat habis datang semula panas tu.....Naik pening kepala isteriku.....Anak-anakku pula suspek denggi.Macam2 penyakit melanda....harap-harap tak ada aper yang berlaku selepas nie....Doakan kami sihat sekeluarga..
Monday, January 5, 2009
Allah Lebih Menyayangi Mu.....Al-Fatihah
Pemergian abahku yang tersayang sungguh tak siapa sangka.Abah yang dahulunya memang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi telah pergi buat selama-lamanya.Abah menghembuskan nafas terakhir dan disah kan meninggal dunia di hospital kuala pilah .Terima kasih abah kerana membesarkan dan mendidik 'alang' hingga 'alang' jadi orang yang berguna sehingga kini....ampunkan dosa-dosa 'alang' bah...alang janji 'alang' akan jaga mak dan keluarga baik2....insyallah.
Kehilangan abah yang tersayang ...pemergiannya secara tiba-tiba..zharif ashiq bertanya kepada mummy nyer..."mummy kenapa org tu koyak baju atuk,atuk dah meninggal siaper yang nak belikan yip aiskrim"kesedihan zharif tak di tunjuk....budak umur 4thn maner tahu aper2 gi....
Aku menjaga jenazah abah di malam hari bersama emak,isteriku dan beberapa kaum keluargaku
Subscribe to:
Posts (Atom)